• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah T’nG RM200 Tapi Cuma Dapat RM100 Jer?

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAHKAH anda menghadapi masalah ketika menambah nilai kad Touch ‘n Go anda? Jika ya, anda mungkin senasib dengan seorang pengguna ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.57 petang, Sabtu lalu, seorang pemandu hampir tidak perasan jumlah wang tambah nilai kad prabayarnya hanya ditambah RM100, sedangkan dia telah membayar RM200 kepada jurutol.

Menerusi perkongsian gambar daripada pengguna Facebook Wong KH, mujur dia menyemak dahulu baki wang tambah nilai pada resit yang diberikan kepadanya.

“Saya beri RM200 kepada jurutol dan memintanya untuk menambah nilai dengan jumlah sama pada kad saya.

“Namun, apabila saya semak baki nilainya cuma RM100 sahaja dan bertanya kepada jurutol. Dia hanya berkata ‘maaf maaf’ sebelum menambah baki tambah nilai,” tulisnya.

Tambah T'nG RM200 Tapi Cuma Dapat RM100 Jer?

Tambahnya, dia merasakan terdapat pengguna lain yang turut berkongsi masalah sama dan memberi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa beringat supaya memeriksa baki pada kad selepas tambah nilai.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seterusnya berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.

“Pernah jadi pada saya… hari tu nak ke Singapore, beri RM300 kat jurutol tapi dia topup RM200 je, yang sedihnya dah sampai rumah baru sedar RM100 dia tak tambah,” kata Ali Sufian.

“I kena same thing, beri RM20 topup, tapi dapat RM10 je dalam kad TNG. Sedar benda tu bila time lalu dekat tol lain and resit pulak dia (jurutol) tak beri. Memang lepas ni memang saya mintak la resit dari lepas topop,” ujar Nadia Shamilah

Sementara itu Karhui Wong berkata: “Lain kali topup kat convenience store je bro, kekadang topup kat pandu lalu booth ni diorang pakai taktik ni nak songlap.” – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: isu penggunaTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buka 24 Jam Akan Lonjak Kemajuan Padang Besar

Next Post

Kartun Nanyang: Pemuda UMNO P.Pinang Lapor Polis

Related Posts

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Semak Status Kad Touch ‘n Go Dahulu

29/04/2022
0

Petaling Jaya : PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk menyemak status kad Touch 'n Go sebelum...

Next Post

Kartun Nanyang: Pemuda UMNO P.Pinang Lapor Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd