• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taktik Tangan Lincah Warga Romania Curi Di Pasar Raya

oleh
04/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tiga rakyat Romania diberkas pada Isnin kerana didakwa curi dari beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Singapura dengan menggunakan taktik gerakan tangan lincah.

Sekurang-kurangnya 12 kes pencurian dilaporkan antara 31 Mac hingga 2 April. Agensi berita tempatan, MediaCorp melaporkan dua aduan polis yang terawal dibuat setelah juruwang menyedari wang hilang pada hujung syif mereka.

Pemeriksaan dalaman yang dibuat oleh pengurusan pasar raya tersebut mendapati modus operandi suspek cuba mendekati dua juruwang untuk menukar kepada wang nilai kecil, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Semasa pertukaran itu, kedua-dua juruwang tidak begitu fokus kepada wang yang ditukarkan dan dipercayai wang dicuri dalam proses tersebut, semasa suspek hanya mengembalikan sebahagian wang nota kepada juruwang.

Suspek – dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 dengan 39 tahun – menggunakan taktik sama dalam kes-kes lain. Beberapa aduan difailkan juga termasuk satu kes apabila rantai emas berjaya dicuri dari tukang emas.

Identiti suspek kemudian dikenal pasti setelah pegawai polis Singapura menjalankan siasatan menyeluruh di lokasi-lokasi kejadian dan meneliti semula rakaman imej video daripada rakaman litar kamera keselamatan tertutup.

Semua tiga suspek warga asing itu berkaya diberkas di sebuah hotel murah di Lorong 18 Geylang sekitar pukul 5.55 pagi pada 3 April, menurut laporan berita oleh stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Beberapa barangan dirampas, termasuk wang kertas Singapura berjumlah S$4,996, wang dolar Amerika Syarikat berjumlah AS$5,980 dan mata wang negara lain seperti lira Turki, pound Britain dan Euro Kesatuan Eropah.

Empat buah telefon bimbit dan pelbagai barangan kemas juga dirampas. Siasatan awal pihak polis mendedahkan baawa tiga rakyat Romania itu memasuki Singapura pada 29 Mac lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Mereka menyasarkan premis runcit yang sibuk. Suspek didakwa di mahkamah pada Selasa. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SingapuraTangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd