PENYANYI Tajuk Ariff, 19, memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak keluar di tempat awam pada hujung minggu kerana mahu mengelak dari dikerumuni peminat.
Tajul berkata, pengalaman yang dilaluluinya sebelum ini membuatkan dia mengambil langkah tersebut demi kebaikan diri dan peminat.
“Bukan saya perasan popular tapi pernah terjadi kepada saya beberapa kali. Saya diasak peminat sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Ketika itu PR juga tiada yang lazimnya akan meredakan keadaan.
“Saya hargai sokongan peminat kepada saya tetapi saya perlukan sedikit masa untuk belajar cara menangani keadaan seperti itu,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya lagi, dia membuat keputusan itu agar peminat tidak tersalah anggap dirinya seorang yang sombong seandainya tidak dapat memberi layanan sama-rata ketika diasak beramai-ramai.
“Jika saya terpaksa keluar ke tempat awam pada hujung minggu, saya juga akan memakai topi agar tidak ramai yang perasan kehadiran saya.
“Kalau ada yang perasan, saya akan melayan seperti biasa cuma risiko diasak peminat itu kuranglah sikit,” katanya lagi. -MYNEWSHUB.CC