• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Swafoto Kekasih Kantoi Tidur Dengan Lelaki Lain

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELIHAT pasangan yang disayangi tidur bersama dengan individu lain di atas katil, sudah tentu menimbulkan rasa marah hingga mahu mengamuk.

Tetapi tidak bagi lelaki dari Texas, Amerika Syarikat ini yang mengambil peluang itu untuk merakam ‘gambar kenangan’.

Mirror.co melaporkan, Duston Holloway pulang ke rumah dan mendapati teman wanitanya baring di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Meskipun terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, Duston tidak mengamuk, sebaliknya merakam gambar mereka.

Swafoto Kekasih Kantoi Tidur Dengan Lelaki Lain

Malah Duston sempat berswafoto di depan mereka sebelum memuat naik gambar itu menerusi akaun Facebooknya.

“Apabila anda pulang ke rumah dan mendapati ada individu lain di katil bersama teman wanita anda! Lelaki yang baik, berhak mendapat wanita yang baik,” tulisnya di Facebook yang turut disertakan dengan emoji simbol ‘peace’.

Gambar-gambar berkenaan menunjukkan, teman wanita Duston masih memakai baju, sementara lelaki berkenaan sebaliknya.

Duston mengaku dia terasa ingin membelasah lelaki berkenaan tetapi dia berusaha menenangkan dirinya dan merakam gambar mereka sebelum keluar dari kediaman itu.

“Saya dengan tenang merakam gambar swafoto dan keluar dari rumah itu ‘like a boss’ lol. Saya cuba kejutkan dia, tetapi dia terlalu mabuk,” tulisnya.

Swafoto Kekasih Kantoi Tidur Dengan Lelaki Lain

Gambar yang dimuat naik Duston, tular di media sosial dan ramai netizen dari seluruh dunia memujinya yang kelihatan masih tenang meskipun berada di situasi yang agar sukar.

“Saya terima ribuan mesej dari orang ramai di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menjadi seorang lelaki yang baik dan tenang menghadapinya.

“Saya sangkakan dunia saya sudah berakhirnya, tetapi sokongan dari netizen membuatkan rasa rasa tak adalah teruk sangat seperti mana yang kita sangkakan (bila cinta dikhianati),” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatkantoikekasihSwafototidur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd