• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DASAR anak tidak sedar diri.

Sebuah laman di Facebook menjadi sensasi setelah berkongsi satu status yang dikongsi oleh seorang remaja perempuan yang tidak diketahui namanya kerana ditulis dalam bahasa Korea.

Status yang menjadi tumpuan netizen tersebut berbunyi seperti berikut: “Tak tahu kenapa, kadang2 rasa kematian bapa lagi bagus kot. Jangan semak life aku.”

Berdasarkan kata-kata status itu, nampaknya gadis tersebut bengang dengan bapanya yang sering ‘mencampuri’ urusannya dan mendoakan kematian bapanya.

Status tersebut mengundang kecaman dan amarah daripada pengguna laman sosial yang menyifatkan gadis itu sebagai tidak sedar diri dan tidak tahu dek untung kerana masih mempunyai ibu dan bapa.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa bersyukur kepadanya kerana masih mempunyai bapa sedangkan segelintir orang terlalu rindu akan belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen

Status Gadis Remaja Doakan Bapa Mati Dikecam Netizen

“Untung kau ada bapak dik…aku ni rindu nak rasa bebelan dari sorang ayah tu..tapi apa kan daya..mak dan ayah aku dah di jemput sang pencipta…jadi anak jangan kurang ajar…sampai satu masa nanti..kau tau la macam mana rasa tanpa kasih sayang sorang ayah,” tulis Muhammad Farhan Dato Tahar.

Manakala Emma Zainin pula, “Hargailah mase ade lagi ni..aku dah takde abah..rindu sangat nak borak nak peluk nak cium nak jalan2 dengan abah..hanya Tuhan je tau.”

“Tolong sampaikan salam kat budak ni…cakap kat die…akak rase macam nak pijak je…baru kau tau ape itu kematian… sila simpan bodoh anda dalam almari,” tulis Zuraini Sedek yang geram dengan status gadis tersebut.

Nasihat kami buat anak-anak di luar sana, sejahat-jahat mana sekalipun orang tua kita mereka tetap ibu bapa kita. Cinta dan kasih sayang mereka tidak pernah akan pudar.

Oleh itu, sebagai seorang yang bergelar anak, hargailah masa dan peluang yang ada untuk menjaga hati dan perasaan mereka, patuh padanya dan bahagiakan mereka.

Jangan sesekali biarkan hati mereka terguris dengan kata-kata dan perlakuan kita, jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Patah tak tumbuh, hilang tak berganti.

Malah harus diingat, hidup ini ibarat karma, apa yang dilakukan oleh seseorang anak terhadap orang tuanya sama ada baik atau buruk, pasti perkara sama akan menimpanya kembali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bapakurang ajarMATIRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd