• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Standard Chartered Lulus Cuti Bersalin 20 Minggu

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart), hari ini mengumumkan pelaksanaan cuti bersalin 20 minggu bergaji penuh, yang merupakan penambahbaikan kepada manfaat pekerja, sejajar dengan sambutan Hari Pekerja.

Ia berkata manfaat yang lebih baik itu dan pertama dalam industri perbankan, merupakan sebahagian daripada tumpuan bank untuk menyesuaikan diri dan menyokong perubahan dari segi keperluan tenaga kerja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Stanchart berkata bagi merealisasikan budaya mesra keluarga bank itu, pekerja lelaki akan menikmati cuti dua minggu jika isteri bersalin, manakala ibu bapa angkat baharu juga berhak mendapat cuti dua minggu pengambilan anak angkat bergaji penuh, yang kini dipanjangkan kepada semua pekerja di bank berkenaan, tanpa tanpa mengira tempoh perkhidmatan.

Bersandarkan kepercayaan bahawa fleksibiliti membabitkan usaha mengubah cara bekerja dan bukan bekerja lebih atau kurang, bank itu juga akan melaksanakan amalan kerja fleksibel, katanya.

Kakitangan ditawarkan pilihan untuk bekerja separuh masa, memilih waktu kerja anjal, atau bekerja dari rumah pada hari terpilih, tertakluk kepada tugasan mereka selepas memperoleh kelulusan daripada pengurus, katanya.

Ketua Sumber Manusia Florence Foo berkata dalam usaha untuk menginsankan bank, Standard Chartered memperingati Hari Pekerja dengan mengutamakan kepentingan pekerjanya.

“Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik kebajikan kakitangan kami, selain mengekalkan dan melatih pekerja.

“Kajian dalaman dijalankan menunjukkan motivasi pekerja telah meningkat dan pekerja menjadi lebih bermotivasi di tempat kerja setelah mereka memperoleh sokongan yang lebih baik dalam integrasi kehidupan profesional dan peribadi mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: cuti bersalinStandard Chartered
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd