• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Beri Diskaun 70% Peniaga Jelas Kompaun

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus terhadap kompaun yang dikenakan kepada syarikat dan pengarah syarikat mulai hari ini sehingga 17 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah tersebut diambil sempena sambutan ulang tahun SSM.

“Kita berharap peniaga dapat mengambil peluang selama satu bulan ini untuk menjelaskan bayaran kompaun masing-masing. Jika tidak, mereka boleh dikenakan penalti lebih tinggi jika dibawa ke mahkamah,” kata Hamzah kepada media pada majlis sambutan SSM ke-15 di sini, hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang sering dilakukan syarikat dan pengarah syarikat ialah gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan, tidak menghantar dan mempunyai penyata kewangan, serta tidak menghantar penyata tahunan kepada SSM.

Hamzah berkata, sejak 2012 sehingga kini, jumlah kompaun tertunggak dianggarkan lebih RM10 juta .

Jumlah syarikat diperbadankan dengan SSM ialah 1,213,714 buah.

Manakala jumlah perniagaan didaftarkan ialah 6,366,064 buah dengan pendaftaran bagi milikan tunggal 5,137,177 dan perkongsian sebanyak 1,228,887.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zaharah Abd Wahab Fenner berkata, sempena ulang tahun itu, SSM juga melancarkan pertandingan ‘Projek Inspirasiku’.

Katanya, ia bertujuan untuk mencari usahawan yang bermula daripada peringkat bawah sehingga berjaya untuk dijadikan motivasi dan semangat kepada masyarakat awam.

“Mereka yang berminat menyertai pertandingan ini perlu berkongsi pengalaman di www.myinspirasiku.com,” kata Zahrah.

Lima orang pemenang yang dipilih akan dibawa jelajah ke setiap karnival anjuran SSM bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tempat kedua, RM5,000 dan tempat ketiga, RM3,000. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainuddinSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd