• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari

oleh
16/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung dakwaan pengubahan wang haram. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.

Ini juga bagi membolehkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Baca: Adam Rosly Ditahan SPRM Isu Kekayaan Luar Biasa

Juga: Isu Banglo Disney – Ini Pesan Adam Kepada Adam

Skandal Kaya Luar Biasa: Adam Rosly Direman 5 Hari

Adam, 28, yang tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke mahkamah tersebut.

Beliau yang tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM turut disambut lesu oleh sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul awal di perkarangan kompleks Istana Kehakiman sejak pukul 9 pagi.

Kekayaan luar biasa Adam yang juga pegawai khas Ahli Parlimen PKR Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin didedah Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Adam Rosly
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bookie Liga Perdana: Ah Chong Serah Diri

Next Post

AS Gugur Bom Bukan Nuklear Terbesar Di Afghanistan

Related Posts

Hukuman Penjara Ke Atas Ketua AMK Ampang Kekal

25/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk...

Rayuan Hukuman Penjara, Denda Adam Rosly Didengar 25 November

12/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Rayuan Ketua Pemuda PKR Ampang terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 bagi kesalahan...

Next Post

AS Gugur Bom Bukan Nuklear Terbesar Di Afghanistan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd