• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal BNM Mahathir: Apa Dah Jadi Kit Siang, Anwar?

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah membayangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersalah dalam skandal kerugian dagangan mata wang asing oleh Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih RM30 bilion pada tahun 90-an.

Seperti sudah berpakat dengan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang membuat dakwaan sama kononnya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang perlu dipersalahkan kerana beliau bertanggungjawab ke atas Bank Negara pada waktu tersebut.

Kit Siang turut mendakwa penubuhan pasukan petugas khas oleh Kabinet bagi menyiasat skandal lebih dua dekad membabitkan Mahathir itu merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sedangkan beliau yang paling lantang mendesak ia disiasat pada era 90an.

“Saya bersedia membantu pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara lebih dua dekad lalu tetapi apa akauntabiliti dan tadbir urus yang baik prinsip-prinsip tentangnya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dipanggil bagi memberi keterangan berhubung skandal melibatkan wang negara tersebut oleh pasukan petugas khas berkenaan pada minggu depan.

Ia berikutan hampir 24 tahun dahulu, Kit Siang paling lantang menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal kerugian dagangan mata wang asing oleh Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih RM30 bilion tersebut.

Kit Siang malah menulis buku bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ pada 1993 mempersoalkan kerajaan pimpinan Mahathir waktu itu memperjudikan wang rakyat.

Empat orang didakwa bertanggungjawab penuh iaitu Mahathir, Daim Zainuddin yang merupakan Menteri Kewangan, Jaafar, Hussein sebagai Gabenor BNM dan Nor Mohamad Yackop yang hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi di bawah Mahathir pada waktu tersebut.

Anwar pula dibidas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tiba-tiba mengubah ceritanya mengenai skandal tersebut yang menjadi bahan politiknya untuk menghentam Mahathir selama ini ketika memberi keterangan kepada pasukan petugas khas.

“Bila dia bersama Mahathir, dia kata satu perkara. Bila dia menentang Mahathir, dia kata perkara lain. Dan sekarang bila dia sekali lagi bersama Mahathir, Anwar buat cerita baru,” kata Salleh dalam satu catatan blog.

Umum bagaimanapun percaya Kit Siang dan Anwar sanggup menggadai pendirian mereka berhubung skandal itu sejak berpuluh tahun lalu kerana Mahathir sedang memberi kepentingan politik buat mereka untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Mahathir selepas keluar daripada UMNO menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi melunaskan dendamnya ke atas UMNO kerana enggan memenuhi kepentingan politik dan perniagaannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bank Negara MalaysiaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd