• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes Pelaburan Jual Beli Minyak Sawit Selesai

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menyifatkan siasatan kes penipuan pelaburan jual beli minyak sawit mentah yang menyebabkan 248 orang mengalami kerugian lebih RM31 juta sebagai sudah selesai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah mengenal pasti dua lagi suspek yang tangkapan serta rampasan dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

“Kita sudah tangkap suspek utama dan dua lagi dicari. Kita telah kenal pasti siapa yang terlibat. Pada saya kes ini selesai,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Khalid menyaksikan majlis serah terima tugas antara Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang bersara wajib sebagai Ketua Polis Pahang dan penggantinya Datuk Rosli Ab Rahman, di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat kajian dan mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu sebelum menyertai sesuatu pelaburan.

“Buat kajian, jangan ada duit terus dilaburkan dan akhirnya ditipu mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Khalid.

Pada 20 April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah mengesahkan penahanan suspek utama kes itu di Pulau Pinang yang berusia lingkungan 50-an yang turut didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

Anaknya yang berusia 35 tahun ditahan beberapa hari sebelum itu. Kedua-dua mereka disyaki terlibat menipu 248 pelabur dengan menjanjikan pulangan sehingga 30 peratus.

Sementara itu Khalid mengesahkan pihak polis telah merakam kenyataan bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Peter Chong berhubung dakwaan dirinya diculik di Thailand baru-baru ini.

“Polis juga masih menunggu laporan daripada pihak polis Thailand sebelum membuat apa-apa syor kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Kehilangan Chong yang juga pembantu kepada Anggota Parlimen Subang, R.Sivarasa menjadi tular di laman sosial, sebelum beliau didapati tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 April lalu.

Khalid sebelum ini berkata pihak polis mempunyai bukti bahawa Chong menyeberangi masuk ke sempadan Thailand apabila dikesan menaiki bas di Pusat Pemeriksaan Kompleks Imigresen di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 7 April lalu. – BERNAMA

Tags: KPNminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd