• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepasang Kekasih Dalang Pecah Rumah Di JB Ditahan

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai menjadi dalang kepada 16 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata suspek lelaki berumur 24 tahun dan teman wanitanya 23 tahun ditahan dalam satu serbuan pada 3 pagi di sebuah rumah pangsa yang disewa kedua-dua suspek.

“Kedua-dua suspek ini dipercayai aktif lebih kurang setahun lalu. Antara lokasi sasaran mereka adalah di sekitar Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru dan melakukan aktiviti jenayah pada waktu siang iaitu ketika tuan rumah berkenaan keluar bekerja.

“Hasil serbuan, kami menemui lima telefon bimbit, empat resit pajak gadai, sepucuk pistol mainan dan beberapa barangan hasil pecah rumah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Menurut Sulaiman, hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan masing-masing mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan curi, dadah dan pecah rumah.

Katanya, pasangan kekasih itu direman hingga 22 April ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Dalang Pecah Rumahditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

Lelaki Ditahan Sebar Video Fitnah Kes Kematian Zara Qairina

17/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun selepas dipercayai terbabit menyebarkan video berunsur fitnah di Facebook membabitkan kes...

YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru

YDP PAS Sungai Buloh Ditahan Berkaitan Isu Kampung Sungai Baru

15/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Ketua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ditahan polis berkaitan isu pegusiran penduduk Kampung Sungai Baru di kediamannya, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd