• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Raih 2 Emas Di Kejohanan Boling Antara Negeri

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gandingan Zulmazran Zulkifli-Ahmad Muaz Mohd Feisol dan Shahlin Zulkifli-Natasha Mohamed Roslan menghadiahkan pingat emas buat Selangor, masing-masing dalam kategori beregu lelaki dan wanita pada Kejohanan Boling Antara Negeri edisi ke-30, hari ini.

Pada kejohanan berlangsung di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, Zulmazran-Ahmad Muaz yang baru pertama kali digandingkan, tidak berdepan masalah apabila mencatat 2,617 jatuhan pin untuk selesa berada di kedudukan teratas.

Pasangan Johor, Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairuddin-Mohd Haziq Sahli yang melakukan 2,586 jatuhan pin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, manakala pingat gangsa milik Shamsul Riza Sahar-Mohd Fadli Ramli dari Negeri Sembilan dengan 2,568 jatuhan pin.

Kejayaan Zulmazran-Ahmad Muaz itu membolehkan Selangor merampas pingat emas yang dimenangi Kuala Lumpur pada edisi lepas menerusi pasangan Timmy Tan-Muhd Rafiq Ismail.

“Permainan saya hari ini tidak begitu baik, mujur dia (Ahmad Muaz) banyak membantu dari segi pungutan mata untuk membolehkan kami meraih pingat emas.

“Saya begitu gembira kerana ini kali pertama kami digandingkan bersama, ia memberi satu gambaran yang positif dan saya berharap gandingan ini dapat diteruskan,” kata Zulmazran kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Ahmad Muaz yang juga atlet di bawah Program Kita Juara mengakui kemenangan tersebut dapat memberi impak positif dalam persiapannya menghadapi Sukan SEA pada Ogos ini.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat saya untuk terus gigih menjalani latihan bagi menghadapi Sukan SEA,” katanya.

Dalam pada itu, pingat emas kategori wanita menjadi milik ratu boling negara, Shahlin dan pasangannya, Natasha selepas melakukan 2,723 jatuhan pin, sekali gus menewaskan rakan sepelatih

Satu lagi pasangan Selangor, Victoria Chin-Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, yang mencatat 2,641 jatuhan pin memenangi pingat perak manakala gangsa diraih Syaidatul Afifah Badrul Hamidi-Sin Li Jane dari Perak dengan 2,477 jatuhan pin.

Untuk rekod, Shahlin dan Nur Aiman, masing-masing muncul pemenang pingat emas dalam acara individu wanita dan lelaki pada aksi yang berlangsung semalam.

Shahlin mencatat 1,439 jatuhan pin untuk menewaskan rakan sepasukan, Natasha (1,340) dan Dayang Aida Natasha dari Sarawak (1,209), manakala Nur Aiman melakukan 1,388 jatuhan pin untuk menewaskan Ahmad Muaz di tempat kedua, diikuti Ervin Lim Wai Mun dari Sarawak di tempat ketiga, masing-masing dengan 1,367 dan 1,334 jatuhan pin. – BERNAMA

Tags: boling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Boling Pertama Negara Muncul Juara Dunia

01/12/2018
0

TAHNIAH... Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah apabila muncul juara acara perseorangan lelaki di Kejohanan Boling Lelaki Dunia...

Program Podium Antara Pencetus Kejayaan Saya

29/08/2018
0

SEPANG - Di sebalik kejayaan melakar sejarah serta menempa nama pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih pingat emas acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd