• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Dikira Rogol

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah sama ada secara rela atau dipaksa tetap dikategorikan sebagai rogol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan akan dimulakan terhadap kes itu sekiranya terdapat laporan polis berhubung kejadian rogol berkenaan.

“Bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara pendakwa raya dan keterangan yang ada untuk membuat pertuduhan dan meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung persoalan sama ada perkahwinan antara mangsa dengan pelaku yang merogolnya boleh menyebabkan pesalah itu terlepas daripada pendakwaan, Azalina berkata perkara itu tidak benar.

Isu perkahwinan bawah umur menjadi tumpuan dan perhatian beberapa anggota Parlimen ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat semalam.

Azalina menjelaskan bahawa pelaku berkenaan tidak akan terlepas daripada hukuman sekiranya melakukan hubungan seks dengan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah dan boleh didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen sama, hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan juga boleh dikenakan.

“Isu ini tidak seharusnya diputarbelitkan oleh mana-mana pihak kerana ia perlu ditangani bersama untuk masa depan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berharap Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam dapat menangani isu melibatkan kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: Azalina Othmankanak-kanakseks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malindo Air Nafi Penyelia Lelaki Periksa Tubuh Calon

Next Post

Dua Beranak Kantoi Curi Jam Tangan

Related Posts

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Next Post

Dua Beranak Kantoi Curi Jam Tangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd