• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Mahu Jadi Huffaz” – Antara Catatan Terakhir

oleh
27/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Berita penderitaan pelajar madrasah tahfiz swasta, Mohd. Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, yang meninggal dunia susulan dipukul pembantu warden asrama memang menyayat hati.

Kisah allahyarham yang berusia 11 tahun itu mula didedahkan media pada Sabtu minggu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April akibat kecederaan di bahagian kaki yang dialaminya dua minggu sebelum itu.

Dua belah kakinya terpaksa dipotong ekoran jangkitan kuman dan sepatutnya allahyarham menjalani pembedahan pagi Rabu untuk dipotong tangannya yang dijangkiti kuman akibat darah beku demi menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun Allah SWT lebih menyayangi pelajar tahfiz ini apabila ‘dijemput’ kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.05 petang Rabu di sebalik cerita duka dirinya itu menjadi tular dalam kalangan netizen media sosial tempatan.

Namun begitu, apa yang lebih menyentuh hati ialah catatan peribadi allahyarham Mohd. Thaqif Amin sehingga turut menjadi perbualan ramai apabila didedahkan bapanya sendiri, Mohd. Gaddafi Mat Karim kepada pihak media.

Beliau yang merupakan bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, anak ketiga daripada lima beradik tersebut memang bercita-cita mahu menjadi seorang hafiz al-Quran, tetapi nampaknya impian berkenaan tidak kesampaian.

“Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak soleh,” kata Mohd. Gaddafi, 43, hiba sambil menyatakan beliau sekeluarga turut reda dengan pemergian mengejut anaknya itu.

Antara catatan peribadi Mohd. Thaqif Amin yang agak mencuit perasaan pelbagai pihak ialah nukilan azam dirinya berbunyi: “Saya mahu menjadi huffaz dalam masa dua tahun, saya pasti saya boleh, kau boleh Thaqif.”

Tidak ketinggalan ialah nukilan senarai ‘petua’ allahyarham bagaimana mahu memastikan dirinya boleh menjadi seorang hafiz antaranya: “Dengar cakap ibu bapa. Jaga solat lima waktu. Menghafal surah yang senang dulu.”

Juga peringatan untuk dirinya sendiri daripada Hadith Rasulullah SAW: “Sesiapa yang belajar ilmu untuk sesuatu maksud yang lain daripada Allah, untuk mendapat kemasyhuran, harta, maka hendaklah bersedia masuki neraka.”

Mohd. Gaddafi tidak menjelaskan bilakah allahyarham anaknya itu membuat catatan sedemikian namun, ia jelas menunjukkan keazaman Mohd. Thaqif Amin menuntut ilmu agama sebagai cukup tinggi tanpa diketahui keluarga.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia 29 tahun yang memukul mangsa dan rakan-rakannya itu mendakwa konon mereka nakal membuat bising dalam sebuah surau meskipun tidak pula melakukan kesalahan tersebut.

Jenazah Mohd. Thaqif Amin dibawa pulang ke rumah keluarganya di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak muda ini.

Inna lillah wa inna ilaihi rojiun. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mohamad Thaqif Amintahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mantan ADUN Lahad Datu Meninggal Dunia

Next Post

UUM Singkir Siswa Terlibat Kumpulan Tidak Bermoral

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

Next Post

UUM Singkir Siswa Terlibat Kumpulan Tidak Bermoral

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd