• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Langgar Sebab Hendak Cepat Ke Tempat Kerja”

oleh
08/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Keluarga wanita warga emas yang maut dilanggar lari seorang penunggang motosikal di Jalan Burmah di sini kelmarin menuntut suspek dikenakan hukuman setimpal.

Anak lelaki bongsu mendiang yang hanya mahu dikenali sebagai Cheah, 23, berkata, keluarga mereka kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata ekoran insiden nahas tersebut pada tengah hari Khamis lalu.

“Dia tidak berperikemanusiaan. Terus pecut laju tanpa topi keledar yang terlepas akibat rempuhan itu. Kenapa dia lari selepas langgar ibu kami,” soalnya ketika ditemui pemberita di rumah pengkebumian di Mount Erskine di sini.

Cheah berkata, doktor mendapati ibunya, Foo Swee Wah, kehilangan 90 peratus darah dalam otak. Mangsa dalam perjalanan ke pasar basah Pulau Tikus membeli bekalan untuk restoran makanan Hainan milik keluarga mereka.

Video rakaman kemalangan itu menjadi tular menerusi media sosial yang menunjukkan mendiang terhumban akibat dilanggar semasa melintas ketika semua kenderaan berhenti apabila lampu isyarat jalan berwarna merah.

“Ibu saya selalunya akan pergi ke pasar tersebut di seberang jalan untuk mencari stok dapur sebelum kami membuka kedai. Abang sulung saya ada di premis sewaktu nahas kira-kira jam 10 pagi,” kata Cheah lagi.

Sejurus kemalangan, beberapa penduduk segera memaklumkan abang yang kebetulan berada di situ. Dia turut merayu pihak media untuk memberi ruang kepada keluarga yang masih bersedih sepanjang tempoh perkabungan.

Turut berada di rumah pengkebumian berkenaan ialah bapa Cheah dan kakaknya. Keluarga tersebut menuntut jasad Swee Wah, 58, dari rumah mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam sebelum disemadikan pada Isnin depan.

Dalam pada itu, suspek yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut mendakwa bahawa dia terpaksa bergegas ke tempat kerja dan tidak menyedari lampu isyarat masih berwarna merah di jalan tersebut.

“Saya terpaksa tidak berhenti kerana takut akan diserang oleh orang awam jika turun bantu mangsa ketika itu dan sebaliknya terus ke HPP untuk rawatan akibat retak tulang pipi dan dagu,” katanya yang tidak didedahkan identiti.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farida­lathrash Wahid mengesahkan kepada media bahawa suspek ditahan polis ketika dimasukkan ke sebuah wad untuk menerima rawatan di HPP pagi semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana cuai memandu menyebabkan maut yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM10,000 dan lesen memandu digantung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: George TownJalan Burmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Minyak Masak Peket Kurang Di Pasaran

14/11/2021
0

GEORGE TOWN – Isu kekura­ngan bekalan minyak masak peket di negeri ini masih belum menemui jalan penyelesaian sejak dua minggu...

George Town ‘Lumpuh’ Dilanda Banjir Kilat Lagi

15/09/2017
0

GEORGE TOWN - Kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di negeri ini pagi ini susulan hujan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd