• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355: PAS Tiada Masalah Tangguh Perbahasan

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tiada masalah dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, penangguhan itu memberi peluang untuk rakyat termasuk Ahli Parlimen khususnya bukan Islam untuk memahami hujah dan rasional pindaan Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

“Ucapan pembentangan Ahli Parlimen Marang lebih setengah jam dan ucapan sokongan Ahli Parlimen Kota Bharu hampir sejam setengah kini akan mula dibahaskan oleh masyarakat secara akademik kerana kedua-dua ucapan itu adalah hujahan rasmi PAS yang membawa usul RUU 355,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Presiden PAS membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat semalam yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) bagaimanapun menentang hebat usaha tersebut.

DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membantah RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Pakatan Harapan membuat kecoh sewaktu Presiden PAS membentangkan usul tersebut semalam menyebabkan pembentangan itu berlanjutan terlalu lama sebelum perbahasan ke atas usul itu dapat dimulakan.

Berikutan itu Yang Dipertua Dewan Rakyat menetapkan perbahasan RUU 355 akan diadakan pada sesi akan datang selepas wakil PAS selesai membentangkannya, tetapi dibantah Pakatan Harapan dengan mengeluarkan pelbagai perkataan biadap dalam Parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan kemudian bergegas mencari pihak media di luar Dewan Rakyat dan meminta wartawan mengeluarkan berita kononnya PAS telah ditipu oleh UMNO kerana perbahasan RUU 355 oleh PAS telah disekat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman RazaliPASRUU 355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd