• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Beri Amaran Larang AS Serang Korea Utara

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Rusia memberi amaran kepada Washington supaya tidak melancarkan serangan sebelah pihak ke atas Korea Utara selepas Naib Presiden, Mike Pence menyifatkan era ‘tanpa tindakan’ bersama Pyongyang sudah berakhir.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam sidang media di sini berkata:

“Ini adalah laluan amat berisiko.

“Kita tidak dapat menerima tindakan melulu Pyonyang yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) namun ia tidak bermakna anda boleh melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saya berharap tidak akan ada sebarang tindakan sebelah pihak seperti yang kami saksikan di Syria baru-baru ini,” katanya.

Pence memberi amaran kepada Korea Utara supaya tidak menguji ketetapan Presiden Donald Trump, apabila mengisytiharkan ‘semua pilihan berada di meja rundingan’ bagi mengekang program peluru berpandu dan senjata nuklearnya.

Sambil tidak mengendahkan tekanan antarabangsa, Korea Utara Ahad lalu melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu namun gagal tetapi dibimbangi ia mungkin bersiap sedia menjalankan ujian nuklear keenam.

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata, era ‘tanpa tindakan’ dalam berurusan dengan Korea Utara sudah berakhir, selepas lebih dua dekad.

“Sejak dua minggu lalu, dunia menyaksikan kekuatan dan ketetapan presiden terhadap tindakan diambil di Syria dan Afghanistan.

“Korea Utara lebih baik tidak menguji kesabaran beliau atau kekuatan angkatan bersenjata AS,” kata Pence. – AFP/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatRussia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd