• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

oleh AK-47
02/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 500 karya agung terkenal hasil daripada 50 orang kartunis tanah air mula dipamerkan di Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM).

Antara dipamerkan ialah karya kartunis daripada majalah Gila-Gila, Gelihati, Batu Api dan Ujang selain nukilan sumbangan Datuk Lat, Jaafar Taib dan Zainal Buang Hussein.

Kesemua karya mereka mula secara rasmi dipertontonkan di RKKM yang terletak di Taman Botani, Tasik Perdana di sini hari ini.

Ia bersempena dengan tanggal 1 April yang turut menjadi detik bersejarah buat pengiat karikatur tempatan apabila dipilih sebagai Hari Kartunis Malaysia.

RKKM diwujudkan sebagai tempat pemuliharaan dan pameran karya kartunis Malaysia selain lokasi belajar membuat rujukan berkaitan industri kartun dan komik negara di samping menjadi produk pelancongan baharu.

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

Pembukaan RKKM dirasmikan oleh beberapa kartunis terkenal tanah air antaranya ialah Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Datuk Lat, Sailawati dan Sariman Mior Hassan (Mishar).

Kewujudan rumah kartun ini secara tidak langsung berjaya mengimbau kembali beberapa komik yang pernah popular dan menjadi hiburan masyarakat tempatan seperti majalah Gila-Gila.

Makalah tersebut suatu ketika menjadi ikon kepada perkembangan kartunis dan industri kartun negara.

Rumah yang diibaratkan seperti sebuah muzium itu menghimpunkan pelbagai karya kartunis dari awal sejarah penerbitan karikatur di Malaysia sejak tahun 1936.

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

Di rumah itu, pengunjung akan mengetahui tentang sejarah kartun dan komik di Malaysia meliputi era sebelum perang, zaman penjajahan Jepun, zaman pascaperang.

Penaung Yayasan dan Penasihat Kartunis Malaysia; Datuk Akmar Hisham Mokhles memberitahu bahawa tidak mudah sebenarnya untuk menubuhkan RKKM.

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air

“Kita terpaksa berusaha selam enam bulan, kita ada mencadangkan beberapa tempat sebelum ini, seperti panggung-panggung lama yang terbiar di sekitar Kuala Lumpur ini.

“Kita cuba untuk baik pulih dan dapatkan rumah tersebut untuk jadikan rumah kartun tetapi hakikatnya tak mudah untuk mendapatkan rumah-rumah kerajaan lama.

“Ini kerana proses itu mengambil masa yang lama, selain isu perebutan dengan pemohon terdahulu serta kekurangan dana untuk baik pulih,” katanya.

Dalam pada itu, Akmar turut mengkagumi kepintaran Mohd. Desa Omar (Juragan) dan rakan-rakan kartunis lain kerana berjaya memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ini termasuk daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menyewakan bangunan tersebut.

RKKM Pamer 500 Karya Agung 50 Kartunis Tanah Air
Datuk Lat (kanan) menyampaikan anugerah kepada Pak Rossem

Selain itu, satu anugerah khas turut diadakan bagi menghargai kartunis yang banyak berjasa dalam memartabatkan seni kartun dan komik tanah air.

Anugerah Tokoh Kartunis 2017 diberikan kepada Kartunis Pak Rossem atau nama sebenarnya Rosidi Semail yang terkenal dengan kartun Konstabel Jabit dan pemilik kepada Balai Kartun Rossem (BKR).

Antara karya lain Pak Rossem ialah Pak Din Pencen, Kisah Si Akob, Pengembaraan Cip-Cip dan Sudin Dengan Datuknya selain menjadi penyumbang kepada kejayaan majalah Gila-Gila menerusi ruangan Macam-Macam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gila-GilakartunKartunisRumah Kartun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kartunis Aie Meninggal Dunia

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia...

“Bila Saya Melukis, Saya Lukis Semua Orang” – Lat

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau juga ikon keharmonian kaum di Malaysia kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd