• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekaan Balenciaga Serupa Beg Ikea Dijual RM9,450

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENAMA terkemuka Perancis, Balenciaga sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila rekaan terbaru mereka dikatakan serupa dengan beg tote gedung peralatan rumah terkenal Ikea.

Kedua-dua beg itu kelihatan hampir sama dari segi saiznya seperti tali pemegang pendek dan panjang, namun ia diperbuat daripada material kulit berkedut dan logo berwarna emas manakala beg ikea adalah beg kitar semula.

Perbezaan yang lebih ketara adalah harganya kerana beg ikea yang dikenali sebagai Frakta itu hanya dijual dengan harga tidak kurang dari RM5 tetapi beg Balenciaga bernilai hampir RM9,500.

Terdapat juga pilihan warna hitam bagi rekaan yang sama tetapi harga yang lebih murah iaitu RM7,800.

Rekaan Balenciaga Serupa Beg Ikea Dijual RM 9,450

Sungguh ketara perbezaan harganya namun yang pasti kedua-dua beg itu mempunyai fungsi yang sama iaitu boleh memuatkan pelbagai barangan kerana saiznya yang besar.

World of Buzz melaporkan, Ikea berbangga kerana Balenciaga menjadikan rekaan beg besar mereka sebagai inspirasi kepada koleksi beg baru jenama terkenal itu.

Bagaimanapun, Balenciaga tidak mengulas lanjut mengenai persamaan rekaan beg berkenaan.

Tahun lalu, jenama tersebut dikecam kerana rekaan begnya sama seperti beg selimut yang dijual di pasaraya dengan harga RM40,000.

Kini, jenama tersebut terus diserang netizen yang menganggap Balenciaga ketandusan idea dan menggunakan rekaan murah untuk produk mahalnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: begbeg mewahIKEA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran

Next Post

Annuar Beri Keterangan Di MARA Pagi Ini

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

Next Post

Annuar Beri Keterangan Di MARA Pagi Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd