• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program V4KL Berjaya Tarik 4,000 Sukarelawan Muda

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Anak Muda Turun Padang melalui ‘Volunteer for Kuala Lumpur 2017’ (V4KL) yang diwujudkan sebagai persediaan penganjuran Sukan SEA 2017 di ibu negara pada Ogos ini menarik penyertaan lebih 4,000 sukarelawan belia.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusoff berkata program yang turut menggalakkan penyertaan daripada semua peringkat umur itu menumpukan kepada kerja pengindahan dan pembersihan kawasan tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur.

“Walaupun program V4KL baharu tiga kali dilaksana melibatkan sukarelawan dari kawasan Parlimen Seputeh, Lembah Pantai dan Bukit Bintang, sambutan daripada pelbagai pihak termasuk pelajar, wakil penduduk dan pihak berkuasa tempatan begitu menggalakkan.

“Selain menanam semangat ‘sense of belonging’ terhadap bandar raya dalam diri setiap sukarelawan, kos dari segi pekerja juga dapat dikurangkan lebih 50 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program V4KL di Dataran Medan Pasar di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Raffi itu disertai kira-kira 1,000 sukarelawan yang mengecat semula struktur kemudahan awam dan membersihkan kawasan sekitar.

Program V4KL adalah cetusan idea Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam mencantikkan ibu negara dan diadakan setiap bulan menjelang Sukan SEA 2017 dari 19 hingga 30 Ogos. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA 2017Sukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Ziarah Bina Kesedaran Masyarakat

Next Post

MARA Perkenal Program Pendidikan Fleksibel

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

MARA Perkenal Program Pendidikan Fleksibel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd