• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 196 ‘Mat Rempit’ Termasuk Penagih Dadah

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan 196 penunggang motosikal termasuk seorang penagih dadah yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua penunggang terbabit berusia 19 hingga 30an ditahan dalam operasi mencegah lumba haram yang bermula pukul 1 hingga 5 pagi.

“Penagih dadah lelaki berusia 19 tahun dan tidak bekerja itu diberkas selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dan cuba melarikan diri sebelum ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis, katanya, turut mengeluarkan 85 saman membabitkan pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen memandu, mempamer cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tidak menampal pelekat P dan L serta tiada cermin sisi.

Abdul Aziz berkata polis juga menyita 29 motosikal untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: Mat Rempit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Lepas Sembunyi Di Kebun Sawit

23/04/2023
0

Seramai 57 ‘mat rempit’ sanggup menyerah diri kepada polis gara-gara hendak berhari raya selepas enam jam bersembunyi di dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd