• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Rasmi Prapelancaran Forum Bandar Sedunia Ke-9

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis prapelancaran penganjuran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini, yang akan berlangsung pada 7 hingga 13 Feb tahun hadapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

WUF9, anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN HABITAT), diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran, dijangka menarik penyertaan seramai 25,000 peserta tempatan dan luar negara.

Sebagai simbolik pelancaran itu, Najib memasukkan logo WUF9 ke dalam ruang sedia ada berlatarkan poster ‘9th Session of the World Urban Forum.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena pelancaran itu, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi WUF9 pada tahun 2018 dan merupakan bandar kedua di Asia selepas Nanjing, China pada tahun 2008.

Menurut kementerian itu, kesediaan negara untuk menjadi tuan rumah akan mencerminkan komitmen Malaysia kepada dunia di alam aspek pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.

Ia adalah selari dengan aspirasi negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan, Persidangan Pihak-Pihak 21 (COP21) – Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang dipersetujui pada Persidangan ke-3 Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016, kata kenyataan itu.

WUF9 adalah forum yang pertama diadakan selepas HABITAT III pada tahun lepas, yang merupakan persidangan perundangan global yang dianjurkan setiap dua tahun untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan bagi wawasan UN-Habitat ke arah masa depan bandar yang lebih baik.

Menurut kementerian itu, penganjuran WUF9 yang bertemakan ‘Implementing the New Urban Agenda’ (Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu) menjadi platform pertama untuk dibahaskan tentang pelaksanaan dan pencapaian NUA.

Penyertaan dalam forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta semua pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran dialu-alukan, menurutnya.

Pendaftaran untuk penyertaan orang awam dijangka bermula Julai ini, katanya.

“Melalui forum ini, para peserta akan memperoleh faedah dan amalan terbaik dalam membangunkan bandar ke arah memenuhi matlamat ‘New Urban Agenda’ pada tahun 2036,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd