• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Doakan Kejayaan Ekspedisi Kutub Utara

oleh AK-47
20/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan tiga penjelajah Malaysia yang kini dalam ekspedisi ke Kutub Utara.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa tiga penjelajah kita dijangka mampu tiba ke titik 90 darjah Kutub Utara lima hari lebih awal daripada jadual jika cuaca mengizinkan.

“Insya-Allah, sama-sama kita doakan mereka selamat dan berjaya menyempurnakan misi membawa nama #Negaraku Malaysia!” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Tiga penjelajah itu ialah ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

Titik 90 Darjah Kutub Utara merupakan titik paling utara di bumi. Ia terletak pada latitud 90 darjah utara dan semua garisan longitud bertemu pada titik itu dan pada kedudukan itu, setiap arah seseorang itu menghadap adalah selatan.

Muhammad Muqharabbin, Shahrom dan Muhammad Irwan merupakan anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) yang akan melakukan “Last Degree Ski” sejauh 111 kilometer, dan bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal menakluk Kutub Utara.

Mereka berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lepas sebelum berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard, Norway selama seminggu.

Mereka kemudiannya memulakan misi penjelajahan dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah itu..

Sepanjang ekspedisi itu, mereka akan berski sambil menarik kereta luncur salji yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu merupakan ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. – BERNAMA

Tags: Kutub Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Negara Lain Hukum Mati Penjawat Awam Rasuah”

Next Post

Seorang Bayi Dilahirkan Beruban Di Hungary

Related Posts

Medan Magnetik Kutub Utara Dikesan Semakin Beralih

09/02/2019
0

PERKARA ini mungkin terdengar seperti filem fiksyen Hollywood, tetapi kajian menunjukkan bahawa medan magnetik kutub utara bumi semakin menunjukkan peralihan...

Maznan Mat Isa: Menakluk Kutub Utara

08/04/2018
0

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles RAMAI yang masih ingat mengenai kejayaan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Malaysia (ETBKUM) yang menjadikan...

Next Post

Seorang Bayi Dilahirkan Beruban Di Hungary

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd