• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Digalak Segerakan Mula Tanaman Padi

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menasihati pesawah di Kedah dan Perlis supaya segera memulakan tanaman padi masing-masing bagi Musim 1/2017.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata hujan sejak tiga minggu lalu menyebabkan kebanyakan kawasan sawah digenangi air dan petani sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memulakan tanaman.

“Walaupun tarikh akhir menabur benih pada 15 Mei ini, saya mahu petani mencari jalan mempercepatkan proses tanaman dan menggunakan air yang ada di petak sawah masing-masing. Ini kerana menurut data saya peroleh, setakat ini hanya 10 peratus petani baru menabur benih padi dan selebihnya masih belum berbuat demikian.

“Saya nasihatkan mereka cepat-cepat memulakan tanaman kerana kita belum tentu mendapat air yang mencukupi selepas ini memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan paras air di empangan juga masih tidak memuaskan,” katanya selepas merasmikan Karnival Mini Jerlun, di Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Othman berkata, sebelum ini MADA mengesyorkan para petani supaya menggunakan kaedah tabur terus kering ekoran musim kemarau yang berlaku awal tahun ini.

Bagaimanapun, hujan sejak tiga minggu lalu menyebabkan kaedah itu ditangguhkan dan petani kembali menggunakan kaedah tabur terus basah.

Sementara itu, Othman meminta supaya kerajaan negeri mengkaji semula dasar pemberian permit kepada syrikat-syarikat swasta untuk aktiviti pembalakan yang kini dilihat semakin mengancam kawasan-kawasan hutan dan kawasan tadahan.

“Kita harus lihat semula dasar pemberian permit di kawasan tadahan, kita tak mahu rugi besar dalam jangka panjang demi mengejar keuntungan dalam jangka pendek kerana bila ada pembalakan yang tidak terkawal akan mengganggu kawasan persekitaran empangan yang memberi kesan kepada takungan air di empangan,” katanya.

Beliau juga menyeru supaya petani mengikuti jadual penanaman yang ditetapkan MADA agar tidak timbul masalah pada masa akan datang sekaligus dapat meningkatkan hasil pengeluaran mereka.- BERNAMA

Tags: Mada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

02/05/2019
0

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri...

Pengerusi MADA: Kerajaan PH Disindir Mungkir Janji Lagi

01/04/2019
0

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd