• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Melancarkan Bezza Di Mauritius

oleh
30/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perodua melancarkan Bezza di Mauritius, menjadikan negara itu sebagai destinasi eksport kedua bagi model sedan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata empat varian dilancarkan bagi negara tersebut — 1.0 liter (transmisi automatik dan manual) dan 1.3 liter Premium X (transmisi automatik dan manual).

Beliau berkata ia akan diedarkan melalui pengedar Perodua, Raouf Dusmohamud and Co Ltd.

“Mauritius merupakan destinasi yang strategik bagi kami berikutan negara ini adalah antara destinasi pelancongan paling popular di dunia dan dengan kehadiran Perodua Bezza di sini akan memberinya pendedahan global yang diperlukannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud, Raouf Dusmohamud berkata syarikat menyasarkan untuk menjual pada purata 168 unit Perodua Bezza sebulan atau 2,016 unit dalam tempoh satu tahun.

“Kami menyasarkan antaranya perniagaan kereta sewa, teksi bandar dan golongan profesional muda,” katanya.

Bezza menjadi model Perodua yang ketiga diedarkan oleh Raouf Dusmohamud di Mauritius. Model lain yang dijual ialah Axia dan Alza.

Raouf Dusmohamud dilantik sebagai pengedar Perodua pada 1996 dan telah menjual lebih 2,000 unit kenderaan Perodua dari 1996 hingga 2016 dengan Viva menjadi model jualan terbaik sebanyak 711 unit dijual antara 2008 dan 2014. – BERNAMA

Tags: MauritiusPerodua Bezza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Bezza Limited Edition Habis Dijual

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 unit Bezza Limited Edition yang dibawa khas oleh Perodua semasa Malaysia Autoshow 2019 telah habis...

Perodua Bezza Edisi Terhad RM44,890 Sebuah

11/04/2019
0

SERDANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menawarkan 50 buah Bezza edisi terhad yang berharga RM44,890 sebuah tidak termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd