• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkahwinan Hantu Masih Popular Di China

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Walaupun sudah hampir 70 tahun diharamkan, pihak berkuasa China hingga ke hari ini masih bergelut dalam usaha menangani kegiatan mencuri mayat untuk ‘perkahwinan hantu’.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, kegiatan haram itu masih wujud di kawasan pendalaman, khususnya di bahagian utara negara tersebut.

Ia membabitkan usaha keluarga untuk mendapatkan mayat wanita bagi ditanam bersama mayat lelaki yang belum berkahwin, kononnya supaya lelaki berkenaan tidak kesunyian dalam kehidupan selepas mati.

Menurut laporan berkenaan, kepercayaan itu mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah yang bersedia mendapatkan mayat wanita, kadang kala hingga melakukan pembunuhan.

Mayat itu kemudian akan dijual kepada keluarga yang kematian anak bujang dan sanggup membayar ratusan ribu yuan untuk satu mayat.

Amalan ‘perkahwinan hantu’ telah pun diharamkan secara rasmi oleh pihak kerajaan pusat pada 1949 lalu.

Di Hongtong, daerah di wilayah Shanxi yang didiami 760,000 penduduk, 27 mayat wanita dilapor dicuri sepanjang tiga tahun lalu.

Jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana ada keluarga malu untuk melaporkan kehilangan mayat anggota keluarga mereka.

Menurut Xinhua, seorang lelaki bernama Ching Ming membelanjakan 180,000 yuan (RM116,000) untuk membeli mayat seorang wanita untuk ‘dikahwinkan’ dengan anaknya yang sudah mati.

Dia terpaksa sentiasa menjaga kubur anaknya bagi memastikan mayat wanita itu tidak dicuri untuk dijual kepada pihak lain. – Agensi/myMetro Online

Tags: Chinaperkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd