• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyakit Diabetes Kronik, Langkaui Jumlah Jangkaan

oleh AK-47
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyakit diabetes di negara ini dilihat semakin kronik berikutan jumlah penghidap penyakit yang boleh membawa maut itu kini melangkaui jumlah jangkaan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kementerian menjangkakan satu daripada lima golongan dewasa termasuk mereka berumur 18 tahun di Malaysia berdepan masalah diabetes menjelang 2020.

Bagaimanapun, jangkaan itu meleset apabila ia berlaku lima tahun lebih awal dan kini 3.5 juta rakyat di negara ini menghidap penyakit kronik itu.

“Apa yang lagi membimbangkan, hampir 50 peratus daripada penghidap diabetes iaitu seramai 1.8 juta pesakit berhadapan masalah ini tanpa disedari.

“Ramai yang tidak sedar menghidap diabetes berikutan tiada tanda-tanda awal yang ditunjukkan bagi penghidap penyakit itu dan kebanyakan mereka (pesakit) juga didapati tidak membuat saringan lebih awal,” katanya.

Bercakap selepas merasmikan Persidangan Pendidik Diabetes Malaysia 2017, Dr. Noor Hisham berkata amalan gaya hidup tidak sihat seperti pengambilan karbohidrat dan gula berlebihan adalah faktor utama penyumbang diabetes dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurutnya, jumlah penghidap diabetes akan bertambah dua kali ganda sekiranya pencegahan tidak dilakukan lebih awal.

“Justeru, sekarang ini kita sangat agresif dalam memberi kesedaran, pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kita juga bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendidik masyarakat.

“Apa yang paling penting ialah masyarakat perlu mendapatkan saringan kesihatan kerana jika seseorang disahkan menghidap diabetes lebih awal, kita boleh memberi rawatan dan mengawal penyakit tersebut daripada komplikasi penyakit lain yang lebih buruk seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok,” katanya.

Persidangan tahunan anjuran Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) sejak 2012 bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama pelbagai pihak untuk mengekang peningkatan penghidap diabetes di negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham AbdullahPenyakit Diabetes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Perlis, Tetapi Kedah Paling Tinggi Kencing Manis

18/11/2019
0

KANGAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan dakwaan bahawa Perlis adalah negeri yang tertinggi mempunyai penghidap penyakit kencing manis...

Diabetes: Keluarga Main Peranan Beri Kesedaran

14/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Keluarga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai penyakit diabetes termasuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd