• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganas: Juruteknik Kilang Besi Dipenjara 7 Tahun

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik sebuah kilang besi dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi perkhidmatan kewangan bagi manfaat pengganas.

Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan Bukhori Che Noor, 35, bapa kepada dua anak berusia empat dan lapan tahun, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 30 Jun 2016.

Tertuduh mengaku telah secara langsung memberi perkhidmatan kewangan iaitu membenarkan dan pemindahan wang daripada akaun Maybank miliknya bagi manfaat pengganas.

Dia melakukan kesalahan itu melalui Maybank yang beralamat di cawangan IBC Prai Industrial Estate, Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih Prai, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang antara November 2015 hingga 30 Jun 2016.

Dalam keputusannya, Azman berkata sebagai seorang yang telah dewasa, tertuduh sepatutnya boleh menilai kesan sama ada baik atau buruk sesuatu perkara itu sebelum terlibat secara langsung dengan perbuatannya.

“Kita boleh berfikir dan boleh ambil pertimbangan. Peningkatan yang drastik kes-kes seperti ini (pengganas) menunjukkan betapa ia sesuatu yang serius,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas terdapat 40 kes melibatkan pengganas telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan sehingga Februari tahun ini sebanyak 28 kes telah didaftarkan.

Mengikut fakta kes, keterangan seorang saksi terlindung mengesahkan bahawa tertuduh adalah anggota kumpulan telegram ‘Gagak Hitam’ menggunakan nama ‘Black Arrow’, dan syarikat telekomunikasi juga mengesahkan nombor telefon yang digunakan Bukhori adalah atas namanya.

Saksi terlindung juga mengesahkan pada 26 Mac 2016, ‘Akhi Wanndy’ (Muhammad Wanndy Muhammad Jedi) telah mengarahkan anggota kumpulan telegram ‘Gagak Hitam’ untuk memasukan infak (derma) ke dalam akaun Maybank Che Bukhori, sebanyak RM11,090 secara berperingkat.

Terdahulu, Bukhori yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman penjara yang ringan kerana dia telah insaf dan kesal atas perbuatannya serta dia penanggung tunggal keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon mahkamah memberi hukuman setimpal berbentuk pengajaran memandangkan peningkatan kes itu sejak kebelakangan ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130O(1)9B) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurun Seksyen 130O(bb), yang memperuntukkan penjara maksimum hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. – BERNAMA

Tags: dipenjarajuruteknik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd