• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Program Libatkan Pelajar Perlu Patuhi SOP

oleh
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur sebarang kem perkhemahan melibatkan pelajar sekolah perlu memastikan bahawa ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata sebarang kecuaian dalam melaksanakan tanggung jawab itu dikhuatiri boleh menjurus kepada kejadian tidak diingini.

“Pihak sekolah dan penganjur mesti sentiasa berhati-hati ketika menjalankan program seumpama itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pra pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Semalam, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan di Sabah dilaporkan lemas ketika mengikuti perkhemahan di sebuah resort di Membakut dekat Beaufort.

Hafiz Hamizan Rahman, 16, Daniel Norman Norisham, 16, dan Quzaimi Jakaria, 17, dilaporkan lemas ketika aktiviti melalui laluan berair di sekitar resort berkenaan.

Kamalanathan berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana masih menunggu laporan penuh insiden itu sebelum mengambil tindakan seterusnya. – BERNAMA

Tags: P.Kamalanathanpelajar sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd