• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan KT-JB Mula Sebelum Bulan Puasa

oleh Ahmad Albab
15/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Johor Baharu akan dimulakan selewat-lewatnya sebelum Ramadan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri kini di peringkat akhir perbincangan dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang akan mengendalikan penerbangan berkenaan yang dijadualkan sebanyak tiga kali seminggu.

“Penerbangan ini bukan sahaja memudahkan pelancong dan rakyat negeri ini pergi dan balik dari Terengganu dan Johor, tetapi kita juga fokus untuk pelancong bukan Islam datang ke Terengganu pada bulan puasa nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Perarakan Darat Mazu di Kampung Cina, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan menubuhkan Majlis Budaya Negeri yang akan mengelolakan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini di bawah satu bumbung.

Katanya, majlis itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Rahman yang akan bertanggungjawab mengadakan persembahan kebudayaan sekali seminggu untuk tontonan orang ramai.

“Persembahan kebudayaan ini bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tetapi juga untuk pengetahuan generasi masa kini akan jenis-jenis kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk persembahan kebudayaan Orang Asli,” katanya.

Katanya, setiap seminggu sekali persembahan tradisi itu akan diadakan di lokasi tumpuan orang ramai seperti Pantai Batu Buruk dan Dataran Shahbandar. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd