• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminta Sedekah Etnik Rohingnya Dipenjara Sebulan

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peminta sedekah etnik Rohingnya dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Tuson Nukmal Hakim, 33, kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kerani wanita berusia 35 tahun dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di perhentian bas Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak pada 6.45 petang, 28 Mac lepas.

Bapa lima anak itu yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan itu.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertamanya dan dia adalah peminta sedekah yang menyara keluarganya.

Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa sedang menunggu bas di perhentian itu, tiba-tiba datang tertuduh yang cuba merapati mangsa termasuk cuba memegang tangan mangsa.

Tertuduh juga cuba mengekori mangsa dan menaiki bas yang sama dengan mangsa. Berikutan kejadian itu, wanita itu membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd