• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka 24 Jam Akan Lonjak Kemajuan Padang Besar

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pembukaan pintu sempadan selama 24 jam akan membantu melonjak kemajuan Padang Besar yang diwartakan sebagai Bandar Perdagangan Sempadan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Sambil menyatakan sokongannya terhadap cadangan itu, Azlan berkata banyak perkara perlu diambil kira dan dipertimbangkan oleh kerajaan antaranya tenaga kerja, persediaan dan terpenting soal keselamatan.

“Dari segi sosioekonomi, pelanjutan masa operasi memberi impak besar terhadap rancangan menjadikan Padang Besar hab logistik terkemuka,” katanya kepada pemberita semasa persidangan Dewan Undangan Negeri berhenti rehat di sini, hari ini.

Padang Besar diwartakan sebagai Bandar Perdagangan Sempadan dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030.

Azlan juga mahu kerajaan mengkaji untuk menyeragamkan masa operasi atau pembukaan semua pintu sempadan di seluruh negara kerana ada yang hanya dibuka 12 jam, 16 jam dan 24 jam.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan lisan Datuk Ismail Kasim (BN-Tambun Tulang), Azlan berkata kemudahan fisikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ Padang Besar perlu dinaik taraf terlebih dahulu jika operasi pintu sempadan hendak dibuka 24 jam.

Ismail bertanya mengenai langkah dan tindakan kerajaan negeri menjadikan Padang Besar sebagai hab logistik lengkap dan penting di wilayah utara setelah pembinaan landasan keretapi berkembar siap pada awal 2015.

Menurut Azlan penambahbaikan ICQ tersebut dan terminal keretapi Padang Besar akan menaikkan imej Padang Besar selain meningkatkan kemasukan pengunjung yang memanfaatkan sektor pelancongan dan perdagangan.

“Landasan keretapi berkembar melalui perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) ke Padang Besar telah meningkatkan purata daripada 4,000 orang pada tahun 2015 kepada 7,000 orang sebulan pada 2016,” kata Azlan.

Katanya kerajaan negeri turut menimbang beberapa cadangan selain pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Pelabuhan Darat Perlis (PIP), menaik taraf Terminal Kargo Padang Besar, kemudahan jalan masuk ke Halal Park dan landasan udara sebagai pelengkap pembangunan Padang Besar menjelang tahun 2030.

Menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR-Indera Kayangan) mengenai jumlah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dibayar oleh syarikat-syarikat subsidiari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Azlan berkata sembilan syarikat telah membayar RM1,043,903 pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan ManSempadan Thailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU 355: Ratusan Berdemo Bantah Karikatur Nanyang

Next Post

Tambah T’nG RM200 Tapi Cuma Dapat RM100 Jer?

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

4 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Disambung Reman

02/12/2020
0

KANGAR - Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan...

Next Post

Tambah T'nG RM200 Tapi Cuma Dapat RM100 Jer?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd