• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan Litar Lumba Perlu Kira Kos Penyelenggaraan

oleh Ahmad Albab
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri perlu mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk kos penyelenggaraan sebelum menyiapkan litar lumba motosikal yang dijanjikan di Sungai Petani, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini kerana kos untuk menyelenggara sesebuah litar lumba menelan belanja yang agak besar da
kerajaan negeri tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Kita tidak boleh bina litar lumba bertaraf antarabangsa seperti di Sepang yang memakan belanja sehingga RM70 juta seperti yang dicadangkan oleh pemimpin sebelum ini kerana kos selenggaranya nanti tinggi.

“Mengambil kira perkara tersebut, kerajaan negeri telah berbincang, mengubah suai dan membuat perancangan baharu bagi memastikan kelak kos penyelenggaran mampu untuk ditampung,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nor Saidin Nanyan (BN-Kuah) tentang kelewatan pembinaan litar lumba itu.

Pada 12 Feb lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta kepada kerajaan Kedah bagi pembinaan litar lumba motosikal untuk golongan belia di negeri ini.

Projek itu merupakan antara tersenarai dalam AkuJanji Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Ahmad Bashah berkata peruntukan berjumlah RM30 juta yang diterima itu hanya untuk pembinaan litar tersebut dan tidak termasuk kos penyelenggaraan.

“Kalau buat litar besar, nanti kos selenggara kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung sepenuhnya, jadi bayaran minimum akan dikenakan kepada belia-belia yang ingin menggunakan litar tersebut,” katanya.

Berhubung persoalan bila litar lumba tersebut akan dibina yang diajukan oleh Azman Nasrudin (PKR-Lunas), Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Aminuddin Omar berkata kerja-kerja pembinaan litar lumba tersebut telahpun bermula pada tahun ini.

“Litar lumba sepanjang 1.8 kilometer yang mempunyai sembilan pusingan itu memenuhi spesifikasi litar lumba yang berkualiti dan sesuai untuk digunakan bagi mengadakan kejohanan seperti Cub Prix,” katanya.

Pembinaan Litar Kedah itu dijangka menjadi platform sukan permotoran yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan jalanan yang dianjurkan secara tidak sah. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahlitar lumba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd