• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembeli PR1MA Boleh Mohon Skim Pembiayaan Fleksibel

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembeli kediaman Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini boleh memohon skim pembayaran akhir istimewa, Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), yang dilancarkan pada Februari lepas.

Pembeli yang berminat menyertai skim itu boleh membuat permohonan melalui rakan perbankan PR1MA iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

“Ada dua pilihan SPEF sama ada melalui pembiayaan berperingkat atau pembiayaan berperingkat dengan pengeluaran Akaun 2 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Peminjam hanya perlu membayar faedah untuk 5 tahun pertama manakala pembayaran pokok akan bermula pada tahun keenam dan seterusnya sehingga pinjaman itu selesai bagi kedua-dua pilihan berkenaan,” menurut kenyataan PR1MA di sini, hari ini.

Skim itu merupakan usaha sama antara Bank Negara Malaysia, KWSP dan beberapa institusi kewangan khusus untuk pembeli kediaman PR1MA bagi membolehkan pembeli rumah kali pertama mendapat akses kepada jumlah pinjaman lebih besar berbanding pinjaman konvensional.

Menurut kenyataan itu, sekiranya pembeli mahu mendapatkan jumlah pinjaman lebih besar, mereka boleh memilih Akaun 2 KWSP sebagai pilihan kedua.

Skim itu tertakluk kepada terma dan syarat berdasarkan kelayakan berdasarkan profil risiko dan penilaian kredit peminjam oleh bank berkenaan.

Sehingga April ini, sebanyak 136,569 unit perumahan PR1MA sedang dibina daripada sejumlah 265,033 unit perumahan itu di seluruh negara yang diluluskan Ahli Perbadanan PR1MA.

Setakat ini, sejumlah 1.41 juta rakyat negara ini telah mendaftar dengan PR1MA dan 166,972 daripadanya telah memohon perumahan PR1MA. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selangor Raih 2 Emas Di Kejohanan Boling Antara Negeri

Next Post

KPM Tingkat Aktiviti Murid, Kekang Salah Guna Dadah

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

Next Post

KPM Tingkat Aktiviti Murid, Kekang Salah Guna Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd