• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembedahan Tangan Mohamad Thaqif Ditangguh

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, yang dijadual dilakukan pagi Rabu telah ditangguhkan.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad berkata ia ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar tahfiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

“Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

“Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil,” katanya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini Rabu lepas susulan dia dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Semalam, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan melawat pelajar itu yang dipercayai dipukul pembantu warden.

Baginda tiba di HSI pada 12.00 tengah hari dan kemudian meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat Mohamad Thaqif Amin serta bertemu ibu bapanya.

Turut mengiringi Raja Zarith Sofiah ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Ayub Rahmat dan Pengarah HSI, Dr. Azizah Riduan.

Sementara itu, Ayub yang ditemui wartawan berkata Raja Zarith Sofiah meminta supaya pelajar madrasah tahfiz yang dipercayai turut dipukul bersama Mohamad Thaqif Amin agar menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Raja Zarith Sofiah ada memberitahu kepada saya, pertamanya kita akan kenal pasti pelajar lain dalam kumpulan yang menerima hukuman yang sama itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebab kita kena bertindak awal.

“Kita tidak mahu ada kes lain, barulah tindakan diambil dan saya juga sudah bincang dengan Jabatan Kesihatan supaya lihat dan pantau keadaan madrasah itu termasuk aspek kesihatan, kebersihan dan sebagainya,” katanya.

Ayub berkata dalam masa sama, pihaknya turut meminta pihak pengurusan madrasah itu supaya mengambil inisiatif sendiri membawa pelajar yang terlibat, menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan berhampiran.

Menurutnya, Raja Zarith Sofiah turut berkata supaya beliau berbincang dengan Exco Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim bagi mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu melakukan solat hajat selepas solat Jumaat, minggu ini, bagi mendoakan kesihatan dan kesembuhan Mohamad Thaqif Amin.

Mengenai punca sebenar sehingga menyebabkan kedua-dua kaki pelajar itu terpaksa dipotong, beliau berkata laporan ujian darah dan kesihatan Mohamad Thaqif Amin akan diperoleh sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu lagi.

Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI 19 April, menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Mohamad Thaqif Amin kemudian terpaksa dipotong kedua kakinya kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman ke atas tubuhnya.

Pembantu warden lelaki berusia 29 tahun itu kini direman sehingga 27 April bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut. – BERNAMA

Tags: Mohamad Thaqif Amintahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd