• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Pendidikan Khas Usaha Projek Udang Kara

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Dilahirkan sebagai insan istimewa bukan penghalang bagi 34 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di sini mengusahakan projek penternakan akuakultur udang kara.

Projek yang diusahakan di belakang sekolah berkenaan dimulakan sejak 2015 dengan sokongan 10 guru dan empat pembantu murid itu bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas.

Penyelaras projek, Sharul Azlan Sungit, 35, berkata projek penternakan udang kara itu membolehkan para pelajar berkenaan meraih pendapatan lumayan bagi tiga musim tuaian berturut-turut.

“Sepanjang pelaksanaan projek semua pelajar PPKI diberi peluang mengadaptasi persekitaran dan nilai keusahawanan dalam diri mereka.

“Mereka turut diberi pendidikan secara tidak langsung mengenai ilmu sains, matematik dan kemahiran hidup sebagai bekalan untuk keperluan apabila dewasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sharul Azlan yang juga guru sekolah tersebut berkata dengan permulaan pelaburan RM1,200 serta sumbangan setiap guru dan pengusaha kantin sekolah itu, mereka dapat menyediakan sebuah kolam kanvas dan 20 ekor induk udang kara bagi tujuan pembenihan.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun, kesungguhan semua murid, guru dan sokongan pihak lain membolehkan lima akuarium dan tiga kolam ternakan termasuk sebuah kolam simen diwujudkan. Udang kara spesies Quadricarinatus (Red Claw) dari Australia itu dipilih kerana proses menternaknya lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata kesemua kolam itu mampu menempatkan kira-kira 2,000 benih udang kara pada setiap kitaran penternakan yang mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk membesar.

“Menternak udang kara tidak terlalu susah kerana kita hanya perlu menyediakan makanan sesuai, selain memastikan air kolam tidak terdedah dengan suhu panas. Pantangnya jangan beri makanan berlebihan kerana ia menghasilkan ammonia,” katanya.

Sharul Azlan berkata benih udang itu dijual mengikut saiz iaitu satu hingga dua inci dengan harga RM1.50 seekor, manakala saiz dua hingga tiga inci RM2.50 seekor.

“Nilai pasaran semasa udang kara hidup mampu mencapai sekitar RM120 hingga RM150 sekilogram, manakala udang kara mati RM55 hingga RM75 sekilogram,” katanya. – BERNAMA

Tags: Udang Kera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga 2 Rakyat Malaysia Ditahan Ke Indonesia

Next Post

Polis Tumpas Geng Fikri Curi Motosikal

Related Posts

No Content Available
Next Post

Polis Tumpas Geng Fikri Curi Motosikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd