• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lemas: Laluan Berair Tiada Dalam Program

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANGGAR – Laluan digunakan tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, yang lemas ketika menyertai kem perkhemahan, pagi tadi, tidak termasuk dalam kertas kerja program berkenaan.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata laluan berair iaitu lokasi di mana pelajar terbabit tergelincir dan lemas, tiada dalam kertas kerja program yang disenaraikan sekolah.

“Program ini sebenarnya mendapat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah tetapi dalam kertas kerja tidak menyatakan ada satu laluan berair,” katanya ketika ditemui, di sini.

Maimunah berkata, ibu bapa memberi kebenaran untuk anak masing-masing mengikuti program berkenaan dan pihak sekolah sudah menghubungi semua ibu bapa yang terbabit berhubung insiden itu.

Katanya, langkah keselamatan dalam pengendalian program itu sudah diambil, namun insiden itu berlaku di luar jangkaan.

Baca: 3 Pelajar Ditemukan Mati Lemas Di Membakut

“Kami pun tidak mahu kejadian begini berlaku. Kata orang, mungkin ajal yang memanggil anak-anak ini.

Saya meminta ibu bapa bersabar kerana prosedur keselamatan sudah diambil dan dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan berhubung insiden itu.

Katanya, insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada sekolah, dengan setiap program luar yang membabitkan pelajar perlu didahuli pemeriksaan menyeluruh sebelum program dijalankan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, Daniel Norman Norisham, 16; Hafiz Hamizan Rahman, 16 dan Quzaimi Jakaria, 17, ditemui lemas oleh guru pengiring ketika aktiviti melalui laluan berair di sekitar resort berkenaan. – Berita Harian

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd