• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Perhilitan Hadapi 6 Pertuduhan Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000, dua tahun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Perhilitan, A’zman Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima RM2,000, RM3,000, RM1,000, RM1,000, RM2,000 dan RM1,000 daripada Omri Omar menerusi transaksi dalam talian di Maybank cawangan Rahang di sini, antara 15 April hingga 19 Okt 2015.

Suapan tersebut bagi mempercepatkan proses kelulusan tuntutan bayaran bulanan dikemukakan syarikat SSMY Sutera Enterprise bagi perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan pejabat Perhilitan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

A’zman didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurdiyanah Mohd Nawawi memohon mahkamah menawarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh dalam rayuannya melalui peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan empat anak yang masih bersekolah.

Hakim Fathiyah Idris bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Qatar Kutuk Insiden Letupan Di St. Petersburg Rusia

Next Post

FAM Pecat 20 Staf Dalam Rombakan Terbesar

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

FAM Pecat 20 Staf Dalam Rombakan Terbesar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd