• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan SAR Hadapi Kesulitan Kawasan Pencarian Berlumpur

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Kelapa Sawit Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas, menghadapi kesukaran berikutan kawasan pencarian berlumpur.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pasukan SAR yang melakukan kerja-kerja pemugaran pada timbunan runtuhan rumah terpaksa meredah lumpur yang mencecah hingga ke paras paha.

“Kerja-kerja pemugaran mengalami sedikit kesulitan selain terdapat timbunan batu besar dan kayu yang dibawa banjir,” kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Ia berkata seramai 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST) dan 10 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keningau menjalankan operasi di kawasan Sungai Labou.

Sementara itu, seramai 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air Zon Sandakan bersama empat anggota Polis dari daerah Tongod pula menjalankan operasi di kawasan Sungai Pinangah.

Operasi itu turut disertai lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Keningau serta 10 pekerja ladang kelapa sawit terbabit.

Menurut kenyataan itu, pada 1 April, BBP Kinabatangan menerima panggilan dari Klinik Pinangah, Tongod pada jam 8.50 pagi menyatakan ada seorang mangsa dihantar ke klinik oleh orang awam dan selepas itu mangsa memaklumkan kediamannya di ladang itu dihanyutkan banjir lumpur.

Kejadian tersebut hanya disedari oleh pekerja ladang selepas mendapati terdapat sebuah rumah di kawasan ladang itu hilang sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada BBP Keningau pada jam 10.30 pagi hari yang sama.

Dalam kejadian itu, dua daripada 11 penghuni sebuah rumah pekerja itu berjaya menyelamatkan diri, sementara dua ditemui selamat di kawasan Pinangah dan berhampiran Kampung Masaung.

Bagaimanapun, tujuh lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak masih belum ditemui dan dikhuatiri tertimbus atau hanyut dibawa arus sungai berhampiran. – BERNAMA

Tags: SAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patut Bersyukur Saudi Aramco Pilih Malaysia

Next Post

Agong Kurnia Surat Cara Lantik Ketua Hakim Negara

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

Agong Kurnia Surat Cara Lantik Ketua Hakim Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd