• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastor Raymond Dilarikan Bukannya Diculik – KPN

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo sejak Februari lepas sebagai kes dilarikan sekumpulan individu dan bukannya kes culik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, klasifikasi terbaharu itu berdasarkan kehilangan mangsa tidak melibatkan tuntutan wang tebusan.

Justeru, Khalid meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kehilangan pastor dan empat individu lagi sebagai kes penculikan.

Lima individu yang hilang itu selain Pastor Raymond Koh, 62, adalah pembantu Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa iaitu Peter Chong, 54, Aktivis Pertubuhan Kebajikan Harapan Negeri Perlis (Perlis Hope), Amri Che Mat, 43, serta Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth.

“Daripada lima individu itu hanya seorang sahaja mempunyai bukti dilarikan iaitu Pastor Koh manakala Peter Chong dikesan melarikan diri ke Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah pada kira-kira 6.30 pagi Jumaat lepas,” katanya.

“Selain itu, kami mendapati tiga individu yang didakwa diculik masih kekal berstatus OH (Orang Hilang) dan tidak mempunyai sebarang bukti mereka diculik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan PDRM peringkat Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengenai Peter Chong, Khalid berkata polis memperoleh gambar Peter Chong daripada pihak Imigresen Bukit Kayu Hitam mendapati dia telah melintasi sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand menaiki bas ke sana.

“Saya tidak pasti apa niat dan tujuan dia (Peter Chong) melarikan diri ke sana (Thailand) yang kononnya dia telah diculik dan menjadi tular di media sosial.

“Saya beri amaran kepada orang awam jangan cuba mengelirukan kes ini yang menimbulkan keresahan serta menggembar-gemburkan kisah ini seolah-olah Peter Chong juga diculik,” katanya.

Khalid berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan Peter Chong di negara itu. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarPastor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd