• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pecah Belah Umat Islam Guna RUU 355 – Mat Sabu

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibawa oleh PAS ke Parlimen berjaya memecahbelahkan umat Islam negara ini.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, RUU 355 menyeret umat Islam Malaysia ke kancah ‘takfiri’ kerana PAS menganggap mereka yang mempertikai atau menolaknya ‘gugur aqidah’ dan menentang syariah Islam.

“Semua Ahli Parlimen wajib sokong sedangkan RUU 355 adalah sekadar proses legislatif yang semestinya melalui proses perbahasan dan perdebatan.

“‘Himpunan Ungu’ di Padang Merbok menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu antara kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RUU 355 pertama kali dibentangkan oleh PAS di Parlimen tahun lalu bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini termasuk dalam kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah termasuk berzina dan minum arak.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membantah usaha tersebut.

DAP mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan menindas di negara ini.

PKR dan PAN pula menyifatkan RUU 355 sebagai mengelirukan dan mengundang keresahan bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam usaha PAS tersebut.

Mohd. Asri berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti di dalam rumah atau bilik yang berkunci.

Pakatan Harapan semakin galak memperlekehkan PAS apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu memaklumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen.

Ia ekoran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyatakan kerajaan BN bersedia mengambil alih pembentangan RUU 355 daripada PAS.

Jelas Najib, kerajaan BN tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen berdasarkan keputusan yang diambil BN secara konsensus oleh parti-parti komponennya.

Pengumuman Najib itu sekali gus memberi laluan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal membentangkannya di Dewan Rakyat, tetapi pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan menyebarkan dakyah kononnya PAS ditipu UMNO.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan malah menafikan dakyah tersebut dengan menjelaskan beza jika kerajaan yang membentangkannya, maka RUU 355 akan menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya di Dewan Rakyat.

Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU 355, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan Dewan Rakyat.

“Kedua-dua menjadi “option” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda. Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu sekadar mengembalikan format asal tanpa merosakkan,” jelas Nasrudin.

Mohamad bagaimanapun tetap mendakwa kononnya PAS ditipu oleh UMNO dan RUU 355 merupakan strategi UMNO untuk memecahbelahkan pembangkang selama ini.

Kata beliau, RUU 355 turut menyebabkan golongan progresif dan pro-Pakatan Harapan disingkirkan daripada PAS oleh pemimpin parti itu.

“Motif sebenarnya ialah kepentingan politik maka RUU 355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik PAS keluar dari muafakat Pakatan Rakyat.

“Lalu berlakulah apa yang berlaku sehingga kemudiannya PAS berpecah selepas berlakunya pembersihan golongan progresif,” dakwanya.

Tuduhan Mohamad itu ternyata semborono, tidak berasas dan diluar konteks kerana RUU 355 dicadangkan di Parlimen oleh PAS di Parlimen, bukan oleh UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd