• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kedah Rakam Simpati Terhadap Mangsa Ribut

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS Kedah hari ini merakamkan rasa simpati terhadap semua mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, venue Muktamar PAS ke-63, malam tadi.

Pesuruhjayanya Dr. Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi berkata bencana itu tidak menjejaskan program muktamar tahunan PAS yang berlangsung di kompleks itu sehingga esok.

“Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke-63 menzahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

“Semua aturcara program Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Fakruddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan semua mangsa bencana itu.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam itu, sebanyak 19 orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian ribut yang meranapkan khemah utama di kompleks berkenaan.

Ia membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki).

Sebelum bermula muktamar itu hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengumumkan perkara itu kepada perwakilan berkata tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Alhamdulillah tindakan pantas semua pihak berjaya mengawal keadaan dengan baik dan menghantar pesakit (ke hospital) dengan segera,” katanya.

Beliau turut merakamkan takziah kepada mangsa dan keluarga dan berharap kesemua mereka bersabar dengan ujian itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kawasan yang berlaku bencana itu dikawal rapi dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak urusetia muktamar.

Semua perwakilan termasuk pemberita tidak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut kerana dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan. – BERNAMA

Tags: Muktamar PASPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd