• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Nil Ganti Najip Ali Selaku Juri Tetap MLM2017

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSOALAN siapakah yang bakal menggantikan kerusi kosong ditinggalkan oleh Najip Ali selaku juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) akhirnya terjawab.

Pengacara No.1 negara, Datuk Aznil Nawawi disahkan telah pun dipilih secara rasmi bagi menggalas tugas berat tersebut mulai Jumaat ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, Aznil atau lebih popular dikenali sebagai Pak Nil akan memulakan tugasnya bermula malam ini.

“Demi menghormati semua pihak dan terus memeriahkan Maharaja Lawak Mega untuk peminat, tenaga produksi telah mengambil keputusan untuk menggantikan Najip Ali dengan Datuk Aznil Nawawi sebagai juri tetap di dalam program ini,” menurut kenyataan yang disiarkan ada hari ini, Jumaat.

Namun, wakil Astro tidak memberikan komen lanjut mengenai pemilihan tersebut, sebaliknya pihak syarikat penyiaran itu dijangka mengadakan satu sidang media pada malam ini.

Tempat Najip, 50, digantikan serta-merta ekoran keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sebuah rancangan hiburan terbitan stesen televisyen Singapura berjudul Ok Chope! pada 29 Mac lalu.

Dalam rancangan disiarkan di Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura itu, peserta telah diarahkan untuk melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams__________for threatening Malaysia’s progress.”

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Bekas pengacara Asia Bagus itu kemudian menyambung ayat itu dengan kata-kata yang menghina dan merendah-rendahkan pemimpin negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aznil haji nawawiNajip Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Rupa-Rupanya Rahsia Awet Muda Aznil Nawawi…

21/02/2018
0

MESKIPUN meniti usia 55 tahun, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil masih lagi...

Aznil Naikkan Semangat Sukan Dengan Lagu Sudirman

20/08/2017
0

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan malam tadi. Jika kecantikan lampu-lampu dan juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd