• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Masih Belum Selesa – Dollah Salleh

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jurulatih Pahang Dollah Salleh mengakui kemenangan 3-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA malam tadi, bukan jaminan untuk pasukannya mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Menurutnya, ini ditambah dengan keupayaan JDT menghasilkan satu gol di Stadium Darul Makmur, di sini yang boleh memberi kelebihan kepada skuad Harimau Selatan itu kemudian atas kiraan jaringan di tempat lawan.

Malah apa yang lebih membimbangkan Dollah adalah walaupun pasukannya menang, pemainnya tidak beraksi dengan baik.

“Kemampuan JDT menjaringkan satu gol di sini, memerlukan pemain saya menampilkan komitmen yang lebih tinggi dalam aksi suku akhir kedua nanti.

“Bagi saya, kemenangan ini belum lagi selesa buat Pahang kerana kita cuma menang 3-1, satu gol yang dijaringkan lawan pula cukup bermakna buat mereka sebagai bekalan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Dollah mengakui persembahan anak buahnya memang jauh berbeza daripada tahap kemampuan sebenar, namun keputusan yang diperoleh amat membanggakan.

“Ramalan Presiden PBNP (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang yakin Pahang akan menang dengan sekurang-kurangnya tiga gol adalah tepat tapi satu gol yang diperoleh JDT amat berharga untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata analisis terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kesilapan untuk memastikan ia tidak berulang di suku akhir kedua di Stadium Hassan Yunus, Larkin nanti.

Mora berkata pemainnya menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi kesilapan serta aksi longlai di babak akhir permainan menyebabkan mereka tewas.

“Kami masih pasukan yang lebih baik. Saya masih yakin kami mampu mengatasi kekecewaan ini,” katanya.

Beliau juga tidak mahu pemainnya dihantui dengan kekalahan itu dan yakin skuadnya mampu menampilkan aksi terbaik apabila bermain di depan penyokong sendiri nanti.

“Satu gol yang dihasilkan pasti memberi kami sedikit kelebihan tetapi saya mahukan kemenangan tanpa memerlukan kiraan jaringan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd