• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Nelydia Senrose.

Harian Metro melaporkan, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.

“Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau wakil gagal hadir,” kata LHDN menerusi satu kenyataan media.

Nelydia, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar.

LHDN berkata, Nelydia turut menghadapi satu pertuduhan lagi kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan jika bersalah tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LHDNnelydia senrosewaran tangkap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd