• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Kuasai Pasaran

oleh
06/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran kepada 10 peratus menjelang akhir 2017 dengan mempertaruhkan motosikal generasi terbaharunya, KRISS MR2.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir berkata Modenas, unit DRB-Hicom Bhd., menguasai tujuh peratus pasaran bagi kategori cub pada tahun kewangan 2015/16.

Semasa bercakap dengan pemberita pada majlis pelancaran KRISS MR2, di sini hari ini, beliau berkata Modenas menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan sebanyak 60,000 unit di pasaran tempatan dan rantau ini menjelang akhir tahun.

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir (tengah).

“Kami berharap dapat menjual antara 1,200 dan 1,500 unit MR2 setiap bulan,” katanya sambil menambah bahawa syarikat telah meningkatkan kecekapan pembuatan dan perkhidmatan selepas jualannya.

Amirudin berkata MR2 yang mempunyai enjin empat lejang yang mematuhi piawaian baharu Euro 3 dan berkuasa 110cc itu pasti menarik perhatian generasi muda yang mencari keseimbangan antara kuasa dan nilai bagi wang.

Beliau berkata Modenas juga merancang untuk membuka kemudahan pusat latihannya yang kedua di Pusat Servis Subang pada pertengahan April 2017, untuk terus meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan dan rangkaian pengedarnya.

Motosikal KRISS MR2 itu dijual pada harga atas jalan RM3,890.

Ciri-ciri lain termasuk reka bentuk lampu hadapan dan belakang yang lebih bergaya, manakala kapasiti tangki minyaknya yang bersaiz 4.5 liter berupaya mencapai jarak perjalanan sejauh 200 kilometer. – BERNAMA

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Modenas Pertaruh Kriss MR2 Tingkat Penguasaan Pasaran

Tags: Kriss MR2Modenasmotosikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kami Cari Individu Serius Mahu Jadi Jurulatih Malaysia”

Next Post

Malaysia Naik 4 Anak Tangga Ranking Terbaharu FIFA

Related Posts

Pelajar Tingkatan 4 Maut Motosikal Rempuh Kereta

Pelajar Tingkatan 4 Maut Motosikal Rempuh Kereta

01/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di...

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

Pekerja Kilang Terbabas Sendiri, Maut Dilanggar Motosikal Lain

19/12/2024
0

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang gagal maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar...

Next Post

Malaysia Naik 4 Anak Tangga Ranking Terbaharu FIFA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In