• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mavcom Terima 1,600 Aduan Syarikat Penerbangan

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menerima sebanyak 1,600 aduan awam berhubung perkhidmatan syarikat penerbangan dari Mac 2016 hingga Februari lalu.

Mavcom dalam satu kenyataan berkata, bilangan tertinggi aduan diterima suruhanjaya tersebut adalah berhubung perkhidmatan syarikat penerbangan Rayani Air yang telah ditamatkan operasi.

“Mavcom telah berjaya mengurus, menyelesai dan menutup 95 peratus daripada aduan tersebut.

“Kebanyakan aduan terhadap syarikat penerbangan, manakala sebilangan kecil aduan dibuat terhadap pengendali lapangan terbang,” kata kenyataan itu hari ini.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam kenyataan sama berkata, antara tindakan yang dilakukan pihaknya adalah berhubung dengan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang terlibat untuk menanganinya.

Menurut beliau, aduan terbabit juga secara tidak lansung dapat meningkatkan tahap perkhidmatan serta perlindungan hak pengguna perkhidmatan penerbangan.

Mengulas lanjut, katanya, aduan tertinggi terhadap Rayani Air adalah berkenaan isu bayaran balik, manakala aduan kedua tertinggi ke atas AirAsia juga berhubung isu bayaran balik.

Kata beliau, aduan tertinggi ketiga di terima pihaknya merupakan isu pengendalian bagasi oleh Malaysia Airlines.

Tambah beliau, Malindo Air pula menerima jumlah aduan tertinggi berdasarkan nisbah bagi setiap penumpang yang dibawa.

“Untuk setiap 1 juta penumpang dibawa oleh Malindo Air, terdapat 20 aduan diterima oleh Mavcom khususnya berkisar penundaan penerbangan dan isu bayaran balik.

“Ini diikuti oleh Malaysia Airlines dan AirAsia X dengan 14 aduan bagi setiap 1 juta penumpang masing-masing. Pada 28 Februari 2017, kira-kira 50 peratus daripada penumpang Rayani telah menerima bayaran balik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mavcompenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

Singapura Batalkan Penerbangan Ke Taiwan

05/08/2022
0

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot membatalkan penerbangan ke Taiwan susulan ‘sekatan udara’ ketika latihan tembakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd