• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Disyaki Dera 3 Amah Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis menahan dua suspek warga tempatan untuk membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam kes mendera tiga orang pembantu rumah warga Indonesia semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kedua suspek wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an itu ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

“Kedua suspek akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya polis akan mengadakan siasatan lanjut berhubung kes tersebut termasuk mengambil keterangan daripada suspek dan juga mangsa.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan tiga pembantu rumah warga Indonesia mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang ramai kerana tidak tahan didera oleh majikan mereka di Bukit Katil.

Ketiga-tiga pembantu rumah terbabit mendakwa bahawa mereka sering dipukul hingga mendatangkan kecederaan, malah gaji yang seharusnya diterima didakwa disimpan majikan terbabit. – BERNAMA

Tags: Dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd