• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LMFA Minta Cheng Hoe Pertimbang Letak Jawatan

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kelab Gabungan Penyokong Pasukan Bola Sepak Kedah atau Lang Merah Fans Associate (LMFA) hari ini merayu pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mempertimbangkan semula peletakan jawatannya.

Ahli Jawatankuasa LMFA, Ismail Zain berkata peletakan jawatan secara drastik sedikit sebanyak memberi kesan kepada skuad Kedah yang kini pada prestasi terbaik sepanjang Liga Super.

“Sepanjang beliau mengemudi pasukan Kedah, banyak perubahan yang dapat kita lihat. Sekiranya beliau menerima tawaran FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), saya harap beliau dapat menyatakan lebih terperinci butirannya.

“Ini kerana pasukan Kedah hari ini disayangi ramai peminat setia yang sentiasa memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Ismail juga meminta FAM mempertimbangkan semula tawarannya kepada Cheng Hoe sehingga ke akhir musim, agar tidak mengganggu prestasi pasukan Kedah ketika ini.

“Kami faham ia demi memajukan bola sepak negara dan kami hormati tawaran FAM tetapi diharap dapatlah dilakukan pada akhir musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, LMFA yang mewakili 24 kelab gabungan akan menyerahkan memorandum rayuan kepada Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah esok agar mengambil jalan penyelesaian terbaik menangani isu ini.

Selain itu, LMFA turut bercadang memohon perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang juga peminat nombor satu Lang Merah untuk menyokong cadangan dan pandangan mereka supaya dapat memperkuatkan lagi rayuan itu.

Nama Cheng Hoe yang membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan.

Beliau dikatakan menjadi pilihan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu Mario Gomez yang dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, pada 25 Mac lepas.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, Cheng Hoe berjaya membimbing Kedah menjuarai Piala Malaysia musim lalu, dan dalam saingan Liga Super musim ini, Kedah kini di tangga teratas dengan 18 mata daripada lapan perlawanan. – BERNAMA

Tags: KedahKelab PenyokongKFATan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 Lulus

Next Post

Terbuka Malaysia: Daren Liew Layak Ke Pusingan Pertama

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Terbuka Malaysia: Daren Liew Layak Ke Pusingan Pertama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd