• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tersangkut Atas Pokok Kelapa Akibat Kejang

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOPENG – Seorang lelaki tidak dapat turun dari pokok setinggi 10 meter akibat mengalami kekejangan tangan dan kaki kiri ketika sedang memetik kelapa di Kampung Tersusun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Sabtu, mangsa berusia 57 tahun dipercayai sudah memanjat pokok dan membawa turun sebahagian buah sebelum naik semula pokok itu untuk mengambil baki buah yang tinggal.

Difahamkan, ketika memanjat untuk kali kedua dan sudah sampai di atas pokok berkenaan, tangan dan kaki kiri mangsa mengalami kekejangan dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomba untuk bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, C. Ganesan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.11 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, anggota mendapati seorang lelaki mengalami kekejangan di atas pokok kelapa sebelum usaha membawa turun mangsa dijalankan menggunakan tangga dan tali.

“Mangsa berjaya diturunkan dan diserahkan kepada ambulans dan dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan. Operasi tamat jam 12 tengah hari,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Bombalelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Komited Dukung Islam Sejajar Dengan Kedudukannya

Next Post

Ketua Pembangkang: Tukar Wan Azizah Dengan Kit Siang

Related Posts

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Next Post

Ketua Pembangkang: Tukar Wan Azizah Dengan Kit Siang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd